Ahad, 11 Januari 2015 | 10:58am

Seorang terkorban nahas helikopter di Puerto Rico

PASUKAN pencari dan penyelamat memeriksa mayat pemandu helikopter yang terhempas dari perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, hari ini. Foto ihsan Associated Press
PASUKAN pencari dan penyelamat memeriksa mayat pemandu helikopter yang terhempas dari perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, hari ini. Foto ihsan Associated Press

SAN JUAN, Puerto Rico : Sebuah helikopter terhempas pagi ini di perairan berhampiran ibu kota Puerto Rico, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban, kata polis negara itu.

Pihak berkuasa berkata, nahas berlaku dekat terminal feri di kawasan penempatan pantai Catano.

Ia dikenal pasti sebagai helikopter jenis Robinson milik Vertical Solutions, syarikat pelancongan dan sewa khas tempatan.

Pegawai itu berkata, helikopter terbabit digunakan sebagai sebahagian daripada latihan penerbangan ketika ia terhempas.

Polis pada mulanya berkata, dua orang mati tetapi kemudian mengesahkan hanya terdapat satu mangsa.

Mereka mengenal pasti mangsa sebagai Javier Acosta Rosa, berusia 59 tahun, berasal dari bandar Bayamon, utara Puerto Rico.

Pihak berkuasa berkata, pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan ditugas untuk mengeluarkan helikopter berkenaan dari dalam air. -AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X