Ahad, 21 Mei 2017 | 12:42am

Daesh bunuh 20 penduduk kampung

BEIRUT: Militan Daesh membunuh hampir 20 orang, termasuk dua kanak-kanak di kampung di wilayah Deir al-Zor di timur Syria, dan menangkap pejuang yang terbabit dalam operasi disokong Amerika Syarikat menentang pergerakan itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) beribu pejabat di Britain berkata, militan menyerang kampung Jizrat al-Boushams, di barat laut Deir al-Zour dan berhampiran sempadan dengan Raqqa hari ini.

SOHR menyiarkan video menunjukkan mayat 12 lelaki yang ditembak.

Reuters tidak dapat mengesahkan kesahihan video itu. Daesh berundur dari kampung berkenaan selepas melancarkan serangan menangkap pejuang.

Daesh melancarkan ke atas kampung berhampiran kawasan dikawalnya ketika ia diusir kembali ke kubu kuatnya di Raqqa dan Deir al-Zor. - Reuters

Berita Harian X