Ahad, 21 Mei 2017 | 12:52am

Vinales sambar petak utama MotoGP Perancis

Maverick Vinales

PARIS: Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales menyambar petak utama Grand Prix (GP) Perancis selepas mengatasi rakan sepasukan dan peneraju MotoGP, Valentino Rossi.

Pelumba muda, Johann Zarco dari Perancis pula bakal memulakan aksi di petak ketiga untuk pasukan Yamaha Tech3.

Vinales merakam masa terpantas satu minit 31.994 saat dengan Rossi 0.106 saat di belakang.

Ia adalah petak depan rasmi pertama pelumba Sepanyol itu dalam saingan MotoGP musim ini selepas aksi pembukaan di Qatar, yang ditentukan menerusi catatan sesi ujian bebas berikutan keadaan cuaca yang buruk.

Pelumba Britain, Cal Crutchlow di petak keempat untuk LCR Honda di depan juara bertahan Marc Marquez.

Andrea Dovizioso melengkapkan barisan pelumba yang akan memulakan aksi dari garisan kedua selepas mencatat masa keenam terpantas.

Rossi ketika ini masih kekal di persada MotoGP dengan kelebihan dua mata ke atas Vinales selepas empat perlumbaan dengan Marquez dua mata di belakang. - Reuters

KEPUTUSAN:

MotoGP -

1. Maverick Vinales (ESP/Yamaha) 1:31.994,

2. Valentino Rossi (ITA/Yamaha) at 0.106saat,

3. Johann Zarco (FRA/Yamaha Tech3) 0.235

4. Cal Crutchlow (GBR/Honda LCR) 0.306,

5. Marc Marquez (ESP/Honda) 0.499,

6. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 0.732

7. Scott Redding (GBR/Ducati Pramac) 1.125,

8. Pol Espargaro (ESP/KTM) 1.405,

9. Karel Abragam (CZE/Ducati) 1.523

10. Bradley Smith (GBR/KTM) 1.635,

11. Jack Miller (AUS/Honda) 1.762,

12. Loris Baz (FRA/Ducati) 1.961

Moto2 -

1. Thomas Lüthi (SUI/Kalex) 1:36.548,

2. Francesco Bagnaia (ITA/Kalex) 0.026,

3. Franco Morbidelli (ITA/Kalex) 0.101

4. Luca Marini (ITA/Kalex) 0.246,

5. Dominique Aergerter (SUI/Suter) 0.315,

6. Alex Marquez (ESP/Kalex) 0.336

7. Mattia Pasini (ITA/Kalex) 0.418,

8. Lorenzo Baldassari (ITA/Kalex) 0.606,

9. Marcel Schrotter (GER/Suter) 0.625

Moto3 -

1. Jorge Martin (ESP/Honda) 1:42.813,

2. Nicolo Bulega (ITA/KTM) at 0.031saat,

3. Juanfran Guevara (ESP/KTM) 0.148

4. Romano Fenati (ITA/Honda) 0.186,

5. Albert Arenas (ESP/Mahindra) 0.225,

6. Niccolo Antonelli (ITA/KTM) 0.238

7. Marcos Ramirez (ESP/KTM) 0.238,

8. Joan Mir (ESP/Honda) 0.244,

9. Bo Bendsneyder (NED/KTM) 0.273

- AFP

Berita Harian X