Ahad, 21 Mei 2017 | 7:34pm

Jengkaut angkat Sang Bedal


SEEKOR buaya seberat satu tan diangkat menggunakan jengkaut untuk dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya, di Miri, Sarawak. - Foto ihsan Sarawak Forestry Corporation

MIRI: Seekor buaya seberat satu tan terpaksa diangkat menggunakan jengkaut ke atas lori untuk dipindahkan.

Buaya dewasa sepanjang 5.2 meter itu ditangkap di Sungai Niah, semalam dan dihantar ke Ladang Buaya Benaya.

Jurucakap Sarawak Forestry Corporation memaklumkan, operasi pemindahan Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar itu susulan aduan penduduk setempat mengenai kehadiran buaya berkenaan di lokasi terbabit, 12 Mei lalu.

"Tiga mata kail beserta umpan dipasang di sungai berkenaan bagi menjerat buaya itu. Akhirnya, seekor buaya jantan dewasa tersangkut pada mata kail itu semalam.

"Buaya itu diikat dan ditarik ke tebing sungai," katanya.

 

BUAYA dewasa sepanjang 5.2 meter itu ditangkap di Sungai Niah. - Foto ihsan Sarawak Forestry Corporation
Berita Harian X