Isnin, 22 Mei 2017 | 1:18am
SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal, sebuah pacuan empat roda dan dua kereta di Kilometer 386 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. - Foto Rosman Shamsuddin

Lelaki maut dalam nahas 6 kenderaan

MUALLIM: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, maut selepas melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang dipercayai rosak di lorong kecemasan, di sini, petang tadi.

Kemalangan itu turut membabitkan dua motosikal dan dua kereta, menyebabkan kesesakan sejauh hampir lima kilometer.

Dalam kejadian jam 4.45 petang di Kilometer (KM) 386 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Behrang dekat sini, Riduan Ali, 41, yang menunggang motosikal Kawasaki GTR 1400, maut di tempat kejadian selepas tercampak ke laluan kiri dan menimpa sebuah lagi motosikal yang melalui laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh menghala Kuala Lumpur dipercayai cuba memotong sebuah kereta di lorong kecemasan.

"Ketika cuba memotong, mangsa telah melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang pegun di lorong itu, dipercayai rosak.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak di lorong sebelah kiri dan menimpa sebuah lagi motosikal yang berada di lorong berkenaan.

"Mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah motosikal lain dan dua lagi kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi yang melalui laluan itu," katanya, malam tadi.

Wan Kamarul Azran berkata, dua lagi penunggang motosikal berkenaan dan pemandu pacuan empat roda cedera ringan, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X