Isnin, 22 Mei 2017 | 10:51pm

Pemburu maut dihempap gajah


FOTO hiasan.

HARARE: Seorang pemburu profesional dari Afrika Selatan maut apabila seekor gajah yang ditembak mati menghempapnya di barat Zimbabwe Jumaat lalu, kata pihak berkuasa Zimbabwe dan media hari ini.

Theunis Botha, 51, dikejar empat ekor gajah betina ketika mengetuai sekumpulan pemburu yang memasuki kawasan sekumpulan gajah di tanah milik kerajaan di wilayah Gwayi.

Seekor daripada gajah itu mengangkat Botha dan seorang pemburu lain menembak mati haiwan terbabit, kata laman berita News24.

Gajah itu tumbang menghempap Botha dan menyebabkan beliau mati akibat cedera parah.

Jurucakap pihak berkuasa pengurusan taman negara dan hidupan liar Zimbabwe, Simukai Nyasha mengesahkan kematian itu dan berkata pemburu berkenaan mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan . - AFP

74 dibaca
Berita Harian X