Selasa, 23 Mei 2017 | 12:53pm
LAMAN sesawang Isuzu Malaysia Sdn Bhd di http://110.74.165.243/dev/isuzu/

Isuzu buka pusat kemudahan servis baharu

SHAH ALAM: Isuzu Malaysia Sdn Bhd, melancarkan kemudahan pusat selepas jualan utamanya di sini, hari ini.

Operasinya dengan kerjasama Automotive Corporation Malaysia (ACM) yang juga anak syarikat DRB-HICOM Bhd, Isuzu Service Center (ISC) akan diuruskan oleh pasukan teknikal Jepun dari Isuzu Motors Limited.

ISC dilancarkan oleh Pengerusi Isuzu Motors Limited, Susumu Hosoi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka.

Kemudahan seluas 0.8 hektar akan disiapkan dan dilengkapkan sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun ini.

Ia turut dilengkapi pengangkat berkapasiti tinggi yang mampu mengangkat trak tugas sederhana dan berat.

ISC menawarkan tenaga kerja cekap, alat ganti tersedia dan kemudahan komprehensif dengan 16 ruang penyelenggaraan.

Info: Isuzu Service Center (ISC)

  • Dibuka mulai Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Beroperasi pada Sabtu dari 8.30 pagi hingga 5 petang
  • Berita Harian X