Selasa, 23 Mei 2017 | 1:40pm

Ahok tarik balik rayuan hukuman

FAIL foto, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama tiba di mahkamah untuk keputusan dan hukuman dalam perbicaraan di Jakarta pada 9 Mei 2017. - Foto AFP
FAIL foto, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama tiba di mahkamah untuk keputusan dan hukuman dalam perbicaraan di Jakarta pada 9 Mei 2017. - Foto AFP

JAKARTA: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, akan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara dua tahun penuh kontroversi atas kesalahan menghina Islam.

Adik perempuannya, Fify Letty Indra yang juga anggota peguam belanya, mengumumkan perkara itu pada sidang media, hari ini.

Ahok, gabenor keturunan etnik Cina, dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada 9 Mei lalu. Tempoh hukuman ke atasnya dianggap lebih lama berbanding jangkaan awal.

Bagaimanapun, pihak pengkritik khuatir hukuman terhadap Ahok itu boleh menggalakkan umat Islam di Indonesia mencabar sekularisme di negara itu. - Reuters

Berita Harian X