Selasa, 23 Mei 2017 | 2:20pm
SIDANG media taklimat khas di Sungai Buloh, hari ini. - Foto Twitter MRT

MRT laluan SSP siap lebih 15 peratus akhir 2017


SIDANG media taklimat khas di Sungai Buloh, hari ini. - Foto Twitter MRT

SUNGAI BULOH: Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dijangka siap antara 15 peratus hingga 18 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Projek MRT laluan SSP, Datuk Amiruddin Ma'aris, berkata kemajuan projek itu ketika ini berada pada tahap 7.5 peratus mengikut jadual awal pembinaan laluan.

"Pembinaan bagi laluan SSP berjalan seperti yang dirancang. Kerja pembinaan sudah bermula bagi kedua-dua jajaran bertingkat utara dan selatan, jajaran bawah tanah dan depoh.

"Bagi bahagian bertingkat, kemajuan pakej kerja pertama dan kedua masing-masing berada pada tahap 20.9 peratus dan 10.3 peratus, malah kerja pembinaan dibuat dapat dilihat di sepanjang jalan Kuala Selangor hingga ke jalan Kepong," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media taklimat khas bersama media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT, Datuk Najmuddin Abdullah.

Projek itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang 2022.

Berita Harian X