Khamis, 25 Mei 2017 | 3:31pm
Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) bersama together with Pengerusi Institut Penyelidikan PNB, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kanan) dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali semasa Forum Diagnostik Pertumbuhan yang dianjurkan Institut Penyelidikan PNB (PNBRI) di Pusat Konvensyen Sime Darby. - Foto NSTP/Salhani Ibrahim

Tingkatkan pembiayaan modal teroka swasta - PNB

Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Abdul Wahid Omar semasa Forum Diagnostik Pertumbuhan yang dianjurkan Institut Penyelidikan PNB (PNBRI) di Pusat Konvensyen Sime Darby. - Foto NSTP/Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) menggesa lebih banyak pembiayaan modal teroka swasta di negara ini bagi merangsang inovasi dan transformasi ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata ketika ini sebahagian besar pembiayaan itu adalah dari institusi tajaan kerajaan.

Hampir 70 peratus pembiayaan modal teroka kini diperoleh dari kerajaan dan peranan sektor swasta adalah sangat kecil berbanding Amerika Syarikat (AS), di mana lebih 80 peratus pembiayaan seumpama itu datang dari institusi swasta, katanya.

"Kita berharap sektor swasta memperuntukkan sebahagian daripada kekayaan mereka bagi mula melabur dalam pemula niaga, pembiayaan usaha niaga baharu dan modal teroka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk ''Malaysia Di Persimpangan Jalan: Mendiagnosis Kekangan Kepada Status Pendapatan Tinggi'' pada Forum Diagnostik Pertumbuhan yang dianjurkan Institut Penyelidikan PNB (PNBRI ) di sini, hari ini. - BERNAMA

Berita Harian X