Ahad, 28 Mei 2017 | 4:53pm

Banyak faktor pengaruhi pengurangan pelancong AS

TIMBALAN Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Foto Rasul Azli Samad
TIMBALAN Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Foto Rasul Azli Samad

AYER KEROH: Bilangan kemasukan pelancong dari Amerika Syarikat (AS) yang merosot 12.9 peratus pada suku pertama tahun ini tidak menjejaskan industri pelancongan negara.

Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata statistik menunjukkan 51,237 pelancong dari AS memasuki Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 59,991 bagi tempoh sama tahun lalu.

"Jumlah kemasukan pelancong AS meningkat semula 9.5 peratus pada April lalu. Kita menjangkakan ia terus meningkat 14 peratus antara Jun hingga Ogos ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata demikian pada sidang media selepas program Shopping Raya Anak Yatim Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Pasaraya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), di sini, hari ini.

Pada program itu, seramai 220 anak yatim dalam 64 cawangan Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan kelengkapan pakaian raya.

Mas Ermieyati berkata, antara faktor pengurangan kemasukan pelancong AS termasuk sektor Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) dari Malaysia ke AS dihentikan, serta penutupan pejabat Tourism Malaysia di New York.

Beliau berkata, usaha mempromosikan Malaysia tetap dijalankan menerusi Tourism Malaysia di Los Angeles, AS dibantu Wisma Putra selain mengadakan kerjasama dengan Singapore Airlines (SIA).

MAS Ermieyati (dua dari kiri) pada program Shopping Raya Anak Yatim Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Pasaraya Mydin, MITC Melaka, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad
MAS Ermieyati (dua dari kiri) pada program Shopping Raya Anak Yatim Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Pasaraya Mydin, MITC Melaka, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X