Isnin, 29 Mei 2017 | 7:16pm

Ringgit 4.2705/2735 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disebabkan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata pedagang.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut pada 4.2705/2735 berbanding dolar AS daripada 4.2670/2700 penutup Jumaat.

Pedagang berkata, harga minyak susut dengan Brent didagangkan pada AS$51.96 satu tong, susut 19 cent.

BERNAMA

Berita Harian X