Isnin, 12 Januari 2015 | 10:29pm

300 pelayar sertai RLIR 2015

LANGKAWI: Sejumlah 40 perahu layar menyertai Regata Antarabangsa Diraja Langkawi 2015 (RLIR) bermula esok hingga 17 Januari ini.

Pengurus Besar Royal Langkawi Yacht Club (RLYC), Wicky Sundram berkata lebih 300 pelayar dari Malaysia, Great Britain, Australia, Thailand, Singapura, Rusia, Austria, Denmark, China, Hong Kong, Itali, New Zealand dan Jepun sudah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-13 ini.

Beliau berkata empat perahu layar akan bertanding dalam Racing Class, satu dari Australia sementara selebihnya dari Malaysia.

Peter Ahern's Oi! akan bertanding dengan tiga perahu layar dari Malaysia yang diwakili anggota tentera laut iaitu Zuhal, Sarah dan Utarid, katanya.

Beliau berkata jumlah perahu layar yang bertanding dalam kategori Racing Class berkurangan berbanding tahun lepas.

Lima kategori akan dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu Racing Class, IRC Class, Sports Class, Multihull Class dan Club Class. - Bernama

Berita Harian X