Isnin, 5 Jun 2017 | 6:21am

MASwings tawar promosi `Cuti-cuti Raya Istimewa'

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan MASwings menyediakan tawaran istimewa sepanjang Jun iaitu promosi `Cuti-cuti Raya Istimewa' bermula kadar tambang daripada serendah RM111 sehala bagi semua laluan perkhidmatan penerbangannya.

Pembelian boleh dibuat mulai sekarang sehingga 30 Jun ini dengan tempoh perjalanan bermula 7 Jun hingga 31 Julai.

MASwings menerusi kenyataan berkata, promosi 'Cuti-Cuti Raya Istimewa' dari Kota Kinabalu ke Labuan menawarkan harga daripada serendah RM111 sehala dan masing-masing bermula daripada RM121 ke Lahad Datu, Miri, Sandakan, Tawau dan Mulu.

Tawaran ini juga merangkumi laluan Kota Kinabalu ke Bintulu dan Sibu (RM141) serta ke Kuching (RM161) manakala mereka yang berkunjung ke Kuching juga akan menikmati harga daripada serendah RM111 ke Sibu dan RM121 ke Bintulu.

Tambang sehala dari Kuching ke destinasi popular seperti Miri dan Mulu juga ditawarkan daripada RM141.

Penumpang dari Miri juga boleh menikmati semua tambang sehala ke Labuan, Limbang, Mulu dan Bintulu pada harga RM111 dan Sibu (RM121), manakala tawaran untuk destinasi lain seperti Sandakan ke Tawau dan Bintulu ke Sibu juga boleh didapati daripada serendah RM111.

Sementara itu, penerbangan antarabangsa MASwings dari Tawau ke Tarakan, Kalimantan ditawarkan daripada RM167 sehala manakala tambang ditawarkan untuk pergi/balik adalah dari 651,000 Rupiah atau (RM208.81).

Sehubungan itu, MASwings berharap orang ramai terutama yang meraikan Aidilfitri mengambil peluang ini untuk merancang perjalanan dan cuti mereka.

Promosi MASwings 'Cuti-Cuti Raya Istimewa' ini juga antaranya termasuk cukai lapangan terbang dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Tawaran ini didapati melalui laman web Penerbangan Malaysia, pejabat tiket dan ejen pelancongan yang dilantik atau melalui talian bebas tol 1300 88 3000.

Berita Harian X