Selasa, 6 Jun 2017 | 6:47pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman

TPM hadir Program Penerapan Nilai Nurni

AYER KEROH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini, sebentar tadi bagi menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Ketibaan Ahmad Zahid pada jam 6 petang, disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Selepas itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dijadual menunai solat tarawih di Masjid Salmah Khamis di Masjid Tanah.

Berita Harian X