Rabu, 7 Jun 2017 | 9:51am

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan minat belian sederhana untuk mata wang baharu muncul termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, unit tempatan itu diniagakan pada 4.2630/2700 berbanding dolar AS, daripada 4.2650/2680 pada penutup semalam.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0876/0929 daripada 3.0868/0898 semalam, namun meningkat kepada 5.4993/5096 daripada 5.5070/5121 berbanding pound British.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.8910/8981 daripada 3.8879/8910 sebelumnya dan merosot berbanding euro kepada 4.8040/8136 daripada 4.7973/7019 semalam. - BERNAMA

28 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »