Jumaat, 9 Jun 2017 | 11:46am

Jenazah adinda Sultan Selangor selamat disemadikan

ANTARA barangan yang dirampas hasil serbuan di lapan pejabat dan unit kediaman yang dijadikan pusat operasi skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) di Pulau Pinang, semalam. - Foto Ihsan PDRM

SHAH ALAM: Jenazah adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, selamat disemadikan di Makam Diraja di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, solat jenazah diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang dengan diimamkan Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir.

Turut mengiringi jenazah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Kira-kira 1,000 kerabat Diraja, Orang Besar Selangor dan rakyat jelata menghadiri majlis pemakaman sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada Tengku Puteri Sofiah.

Tengku Puteri Sofiah mangkat pada usia 68 tahun kira-kira jam 4 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam.

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyiram air diatas pusara adinda Tengku Puteri Sofiah di Makam DiRaja Shah Alam.- Foto Roslin Mat Tahir
Berita Harian X