Ahad, 11 Jun 2017 | 9:43am

Russia bantah serangan AS ke atas Syria


MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto Reuters

MOSCOW: Russia menyifatkan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap tentera pro-kerajaan di Syria adalah sesuatu yang tidak dapat diterima selepas ia bertindak demikian bulan lalu.

Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan berkata, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menyampaikan mesej itu kepada Setiausaha Negara, Rex Tillerson menerusi perbualan telefon ketika beliau dihubungi orang penting AS itu semalam.

Russia berkata, tindakan AS ketika itu akan menjejaskan usaha untuk mencari penyelesaian politik kepada konflik dan melanggar kedaulatan Syria, sekutu rapat Russia di Asia Barat.

"Lavrov menyuarakan bantahan berhubung serangan AS ke atas pasukan pro-kerajaan dan menggesa Tillerson untuk mengambil langkah-langkah konkrit untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang," kata kementerian itu. - Reuters

115 dibaca
Berita Harian X