Selasa, 13 Jun 2017 | 7:05pm
GAMBAR fail , Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee (duduk, tengah) memantau Skuad Projek Sukan SEA 2017 yang menjalani ujian kecergasan pada sesi latihan pusat di padang Wisma FAM Kelana Jaya. - Foto Osman Adnan
GAMBAR fail , Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee (duduk, tengah) memantau Skuad Projek Sukan SEA 2017 yang menjalani ujian kecergasan pada sesi latihan pusat di padang Wisma FAM Kelana Jaya. - Foto Osman Adnan

Skuad B-22 bangkit ikat Guangzhou R&F FC

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat kelab China, Guangzhou R&F FC 2-2 di Baining Football Training Base, Guangzhou, sebentar tadi.

Dua jaringan daripada tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid pada babak kedua berjaya mengelak skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee daripada tewas buat kali kedua dalam siri jelajah mereka di China.

Guangzhou R&F mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Deng Zhiyao dan Zhu Di pada minit ke-21 dan 38.

Bagaimanapun, dua jaringan daripada Safawi dalam tempoh enam minit iaitu pada minit ke-47 dan 53 melegakan Kim Swee.

Pada aksi sulung, Sabtu lalu, skuad B-22 tewas 0-1 kepada skuad B-22 China hasil jaringan tunggal Xiang Bai Xu seawal minit pertama.

Skuad Kim Swee akan mengharungi aksi terakhir menentang Guangzhou Evergrande, Khamis ini sebelum pulang ke tanah air pada Jumaat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X