Rabu, 14 Jun 2017 | 1:52am

Kedai perkakasan pertukangan musnah dalam kebakaran

SEBUAH kedai mengedar perkakasan pertukangan di Jalan Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak dekat Sentul, di sini, musnah dalam kebakaran, petang semalam.

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai perkakasan pertukangan di Jalan Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak dekat Sentul, di sini, musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut memusnahkan dua buah lori, sebuah jentera forklift dan sebuah motosikal yang berada di premis berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata kebakaran membabitkan kemusnahan 80 peratus struktur kedai itu namun, ketika kejadian tiada mangsa berada di situ.

Berita Harian X