Rabu, 14 Jun 2017 | 1:30pm

Adik PM Singapura hilang kepercayaan

FOTO FAIL: Lee Kuan Yew (tengah) dan keluarga meraikan ulang tahun ke-80 pada 16 September 2003. Dari kiri; Lee Suet Fern (menantu), Lee Hsien Yang; Ketua Hakim Negara, Tong Pung How, Lee Wei Ling, dan isteri, Kwa Geok Choo, Lee Hsien Loong, Ho Ching (menantu dan cucu, Li Xiuqi. - Foto Reuters
FOTO FAIL: Lee Kuan Yew (tengah) dan keluarga meraikan ulang tahun ke-80 pada 16 September 2003. Dari kiri; Lee Suet Fern (menantu), Lee Hsien Yang; Ketua Hakim Negara, Tong Pung How, Lee Wei Ling, dan isteri, Kwa Geok Choo, Lee Hsien Loong, Ho Ching (menantu dan cucu, Li Xiuqi. - Foto Reuters

SINGAPURA: Ahli keluarga Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mendakwa hilang kepercayaan terhadap pemimpin itu.

"Kami prihatin dengan keperluan iaitu dalam sesebuah sistem perlu ada kaedah semakan bagi mengimbangi penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan.

"Kami berasa 'abang besar' berada di mana-mana," kata Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang dalam satu kenyataan bersama, berserta penjelasan lanjut berhubung perkara itu yang diedarkan di sini, hari ini.

Berikutan itu, Hsien Yang dan isterinya, Suet Fern, mengambil keputusan meninggalkan Singapura.

"Saya tidak mempunyai niat meninggalkan Singapura. Hsien Loong adalah satu-satunya alasan saya berbuat demikian," katanya.

Hsien Yang adalah seorang ahli perniagaan dan kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura.

Bagaimanapun, Wei Ling dan Hsien Yang tidak mendedahkan bukti berhubung tindakan yang dikenakan oleh kerajaan Singapura terhadap mereka.

Reuters juga gagal mendapatkan pengesahan daripada pihak berkaitan berhubung tuduhan itu.

Hsien Loong dalam kenyataan lain, menafikan tuduhan berkenaan, selain menyatakan kekesalan dengan tindakan mereka mendedahkan masalah keluarga kepada orang ramai.

"Memang diakui dalam hubungan adik-beradik pasti ada perbezaan pendapat, tetapi saya percaya itu patut kekal dalam keluarga," katanya yang kini berada di luar negara kerana bercuti bersama keluarganya.

Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diteliti dengan lebih lanjut sekembalinya ke Singapura pada hujung minggu ini. - Reuters

Berita Harian X