Rabu, 14 Jun 2017 | 1:50pm

APM tangkap beruang matahari sesat

SEREMBAN: Seekor beruang matahari yang sesat ke kawasan perumahan berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Taman PJ Perdana, di sini.

Pegawai Operasi Bencana APM Daerah Seremban, Leftenan (PA) Mohd Najib Abdul Karim, berkata beruang seberat 25 kilogram itu ditemui penduduk terperangkap di dalam longkang perumahan itu, kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

"Kita menghantar sepasukan anggota yang kemudian berjaya mengeluarkan haiwan liar itu dari longkang sedalam dua meter dan memasukkannya ke dalam sangkar.

"Walaupun agresif, beruang itu yang dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran tidak cuba menyerang anggota, sebaliknya hanya berusaha melepaskan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, haiwan itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika cuba menangkap beruang matahari di Seremban.- Foto ihsan APM
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika cuba menangkap beruang matahari di Seremban.- Foto ihsan APM

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X