Khamis, 15 Jun 2017 | 1:27am

3 cedera insiden tembakan di gudang UPS

SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya tiga cedera termasuk suspek penyerang bersenjata, dalam kejadian tembakan semalam di kawasan gudang United Postal Service (UPS) di sini, lapor media tempatan.

Polis di sini menerusi Twitter mengesahkan kejadian tembakan itu dan menasihatkan orang ramai mengelak mendekati kawasan terbabit.

Media tempatan melaporkan, suspek dirawat di hospital namun dalam jagaan polis.

Seorang jurucakap, Brent Andrew berkata, mangsa dibawa ke Hospital Umum San Francisco Priscilla Chan dan Mark Zuckerberg, namun tidak memaklumkan berapa ramai pesakit dibawa ke hospital atau keadaan mereka.

Tidak pasti jika ada mangsa yang maut dalam kejadian itu. - Reuters

43 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »