Khamis, 15 Jun 2017 | 6:35pm

Penuntut UPSI maut kemalangan

PELAJAR Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fizatul Atikah Hussain 22, maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar belakang lori di Jalan Tanjung Malim-Behrang. - Foto Rosman Shamsudin

BEHRANG: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori di Jalan Tanjung Malim-Behrang, dekat sini, jam 2.30 petang tadi.

Mangsa, Nurul Fizatul Atiqah Hussain, 22, yang juga pelajar semester enam Fakulti Sains Matematik (Biologi) maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Pusat Latihan Memandu Behrang Hulu.

Mangsa juga baru sahaja tamat peperiksaan semalam dan bakal menjalani praktikum mengajar di sekolah pada semester depan.

Mayatnya dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Berita Harian X