Jumaat, 16 Jun 2017 | 6:20pm
KEADAAN dalam kedai emas yang cuba dirompak sekumpulan empat penjenayah di Seksyen 18, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan PDRM
KEADAAN dalam kedai emas yang cuba dirompak sekumpulan empat penjenayah di Seksyen 18, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan PDRM

4 penjenayah gagal rompak kedai emas

KEADAAN dalam kedai emas yang cuba dirompak sekumpulan empat penjenayah di Seksyen 18, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan PDRM
KEADAAN dalam kedai emas yang cuba dirompak sekumpulan empat penjenayah di Seksyen 18, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan PDRM

SHAH ALAM: Sekumpulan empat perompak berputih mata selepas gagal membawa lari barang kemas dari sebuah kedai emas di Seksyen 18 di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, dua suspek lelaki tempatan masuk ke dalam kedai itu manakala dua lagi suspek menunggu di luar premis berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek itu kemudian memecahkan kaca meja pameran dengan menggunakan tukul tetapi gagal.

"Seorang daripada suspek di luar kedai kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebelum dia dan seorang lagi rakannya masuk ke dalam premis untuk cuba mendapatkan barang kemas, namun mereka juga gagal berbuat demikian.

"Keempat-empat suspek kemudian melarikan diri dengan dua buah motosikal. Ketika kejadian, tiada pelanggan berada dalam kedai emas itu dan hanya ada seorang pekerja wanita serta tiada pengawal keselamatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Shafien berkata, keempat-empat suspek dipercayai gagal merompak barang kemas berkenaan berikutan pemilik kedai menggunakan bahan berkualiti tinggi sehingga menyukarkan meja pameran dipecahkan, selain kehadiran orang awam menyebabkan suspek melarikan diri.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 (L) (I) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan polis kini sedang memburu keempat-empat suspek.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X