Isnin, 19 Jun 2017 | 8:03am

Henderson juarai golf Meijer Classic


BROOKE Henderson muncul pemenang termuda bagi tahun ini apabila menamatkan aksi tanpa bogey 66 untuk kemenangan dua pukulan dalam cuaca hujan pada saingan Meijer Classic.- Foto AFP

GRAND RAPIDS, Amerika Syarikat: Pemain remaja Kanada, Brooke Henderson muncul pemenang termuda bagi tahun ini apabila menamatkan aksi tanpa bogey 66 untuk kemenangan dua pukulan dalam cuaca hujan pada saingan Meijer Classic.

Henderson yang berusia 19 tahun meraih kemenangan Jelajah LPGA keempat dalam kerjayanya, menghabiskan 72 lubang keseluruhan dengan 17 bawah par 263 di lapangan Blythefield Country Club.

"Saya terkejut apabila melihat carta kedudukan dan saya mempunyai kelebihan dua pukulan pada lubang ke-18," kata Henderson.

"Saya sangat gembira kerana dapat melakukannya dan merangkul kejuaraan keempat."

Pemain Amerika Syarikat, Lexi Thompson (69) dan Michelle Wie (65) menamatkan permainan dengan dua pukulan di belakang Henderson.

Pemain Thailand, Moriya Jutanugarn melakukan 66 untuk mencatat 14 bawah 266 dan terikat di tempat keempat dengan wakil Sweden, Madelene Sagstrom (65) dan Oh Su-Hyun (64). - AFP

dibaca
Berita Harian X