Selasa, 20 Jun 2017 | 7:00am

Mercedes perkenal varian GLA baharu

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan model generasi baharu GLA menerusi pelancaran tiga varian terbarunya iaitu GLA 200 Urban Line, GLA 250 4MATIC AMG Line dan Mercedes-AMG GLA 45 4Matic.

Bagi varian GLA 200 Urban Line dan 250 4Matic Line banyak pembaharuan ditampilkan bagi menambahkan lagi karakteristiknya yang lebih sporty.

Kedua-dua varian ini ditawarkan dengan lampu utama LED High Performance, Adaptive Highbeam Assist, cermin sisi larasan elektronik, rel bumbung aluminium hitam berkilat dan Night Package.

Bagi GLA 200, ia turut didatangkan dengan roda aloi ringan 5-jejari 19-inci hitam pekat, manakala GLA 250 4Matic pula lebih menonjol dengan roda aloi ringan 5-jejari AMG 19-inci.

Dilengkapi COMAND Online

Peningkatan bagi bahagian kabin secara standard bagi kedua-dua varian ini adalah menerusi COMAND Online dan sistem bunyi sekeliling Harman Kardon Logic 7, Keyless-GO dan pintu belakang Easy Pack, sistem Tirefit, kawalan suhu automatik Thermotronic, bumbung matahari gelangsar panoramik, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta skrin paparan 8-inci.

GLA 200 dipadankan dengan enjin 1.6 liter pengecas turbo 4-liter sebaris yang menghamburkan 156 kuasa kuda (hp) dan tork 250 Nm, manakala GLA 250 4Matic pula dengan enjin 2.0 liter DOHC pengecas turbo 4-silinder sebaris yang menjana 211 hp dan tork 350 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 7G-DCT dwi-klac 7-kelajuan.

Harga atas jalan (tanpa insurans) bagi GLA 200 Urban Line ialah RM239,888 dan GLA 250 4Matic AMG pula RM269,888.


NAIB Presiden Jualan & Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine ketika memperkenalkan generasi baharu model GLA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GLA 45 4Matic lebih kemas

Mercedes-Benz Malaysia juga memperkenalkan varian Mercedes-AMG GLA 45 4Matic yang tampil dengan rekaan lebih segar dan diperkemaskan.

GLA 45 untuk pasaran Malaysia juga dilengkapi dengan pakej dalaman AMG Exclusive dan tempat duduk hadapan AMG Performance berserta kulit upholstery hitam dengan jahitan kontras merah. Ia juga menampilkan tali pinggang keledar red designo dan roof liner hitam.

Varian dipertingkatkan ini ditampilkan dengan kuasa yang dipertingkatkan menerusi enjin M133 2.0 liter 4-silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 375 hp dan tork 475 Nm.

Ia turut digandingkan bersama transmisi sport AMG Speedshift DCT tujuh-kelajuan, dengan pacuan semua-roda AMG Performance 4Matic yang menyalurkan kuasa pada semua roda.

Mercedes-AMG GLA 45 4Matic ditawarkan pada harga atas jalan RM408,888 (tanpa insurans).

Info:
Mercedes-Benz GLA 200 Urban Line

* Harga atas jalan tanpa insurans RM239,888

* Enjin 1.6 liter pengecas turbo 4-liter sebaris

* 156 hp dan tork 250 Nm

* 7G-DCT dual-clutch automatic transmission

* Fungsi ECO start/stop

* Active Brake Assist

* Adaptive brake lights

Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC AMG Line

* Harga atas jalan tanpa insurans RM269,888

* Enjin 2.0 liter DOHC pengecas turbo 4-silinder sebaris

* 211 hp dan tork 350 Nm

* 7G-DCT - dual clutch automatic transmission

* Sistem amaran Anti-kecurian

* Rim 19-inci AMG

* Kamera mengundur

* Audio 20 CD termasuk pra-pemasangan Garmin MAP PILOT

Mercedes-AMG GLA 45 4MATIC

* Harga atas jalan tanpa insurans RM408,888

* Enjin M133 2.0 liter 4-silinder sebaris

* 375 hp dan tork 475 Nm

* Transmisi sport automatik AMG SPEEDSHIFT DCT 7-kelajuan

* AMG RIDE CONTROL sports suspension

* AMG DYNAMIC SELECT

* AMG Performance exhaust system

* COMAND Online

* DVD changer

* Paparan skrin media 8-inci

* Sistem bunyi keliling Harman Kardon Logic 7

Berita Harian X