Selasa, 20 Jun 2017 | 7:11am

Tiada kelab tawar beli Ronaldo: Perez


FLORENTINO Perez bersama Cristiano Ronaldo. - Foto AFP

MADRID: Tiada tawaran daripada mana-mana kelab ke atas Cristiano Ronaldo yang mengancam untuk meninggalkan Sepanyol selepas mengalami masalah dengan pihak berkuasa cukai, kata Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

"Tiada siapa yang menghantar tawaran sama ada untuk Cristiano atau orang lain," kata Perez kepada stesen radio Onda Cero.

"Ronaldo lebih berkuasa dan lebih penting daripada kita semua yang ada di sini,".

Tugas pertama Perez selepas dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid pada Isnin lalu adalah untuk menenangkan Ronaldo ketika spekulasi pemain terbaik dunia empat kali itu ingin berhijrah.

"Tiada calon lain yang dikemukakan kepada lembaga kelab... diisytiharkan bahawa Florentino Perez Rodriguez adalah Presiden Real Madrid," kata juara Sepanyol dan Eropah itu dalam satu kenyataan.

Antara isu utama yang perlu dihadapi Perez adalah berkenaan Ronaldo - yang dibeli pada tahun 2009 dari Manchester United dengan nilai 94 juta euro (RM448 juta)

Ronaldo mengancam untuk meninggalkan Sepanyol selepas mengalami masalah dengan pihak berkuasa cukai. - AFP

59 dibaca
Berita Harian X