Selasa, 20 Jun 2017 | 1:28pm

2 pelanggan setia CJ WOW SHOP menang Proton Ertiga

KETUA Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa (kiri) bersama pemenang hadiah utama, Zuraila Ahmad (dua kiri) dan Lu Yew Sheng (dua kanan) yang memenangi sebuah Proton Ertiga baharu sempena Majlis Penyampaian Hadiah 'Serikan Ramadan Bersama WOW' di NTV7 Studio 1, HICOM-Glenmarie Industrial Park Shah. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
KETUA Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa (kiri) bersama pemenang hadiah utama, Zuraila Ahmad (dua kiri) dan Lu Yew Sheng (dua kanan) yang memenangi sebuah Proton Ertiga baharu sempena Majlis Penyampaian Hadiah 'Serikan Ramadan Bersama WOW' di NTV7 Studio 1, HICOM-Glenmarie Industrial Park Shah. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Siapa sangka dengan membeli beberapa barangan daripada rangkaian beli-belah inovatif CJ WOW SHOP, dua pelanggan setia rangkaian berkenaan berjaya membawa pulang Proton Ertiga.

Proton Ertiga yang bernilai lebih RM64,000 itu adalah hadiah utama peraduan Serikan Ramadan bersama WOW.

Pemenang, Zuraila Ahmad, 63, berkata beliau menyertai peraduan berkenaan selepas menonton program itu Mei lalu dan tidak meletakkan harapan untuk memenangi hadiah utama.

"CJ WOW SHOP diikuti ribuan penonton seluruh negara, justeru saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Malah, saya sudah bersyukur jika dapat memenangi baucar bernilai RM500.

"Ketika menerima panggilan daripada pihak CJ WOW SHOP saya amat terkejut dan tidak percaya selepas dimaklumkan saya memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta," katanya ketika ditemui pada Majlis penyampaian hadiah utama peraduan Serikan Ramadan bersama WOW, di sini, hari ini.

Zuraila berkata, beliau menonton saluran beli belah CJ WOW SHOP setiap hari kerana tertarik dengan barangan serta penerangan oleh pengacara yang turut menunjukkan demonstrasi penggunaan sesuatu produk.

Seorang lagi pemenang, Lu Yew Sheng, 28, berkata kemenangannya adalah sesuatu yang tidak dijangka.

"Saya sangat gembira selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dan bagi saya CJ WOW SHOP adalah saluran terbaik untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan.

"Bukan sahaja harga barang yang dijual berpatutan malah mereka juga menghargai pelanggan dengan menganjurkan program seperti ini," katanya.

Hadiah berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Yun dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa.

Pelanggan CJ WOW SHOP masih berpeluang memenangi dua buah Proton Ertiga menerusi peraduan Serikan Raya bersama WOW yang bermula pada 19 Jun hingga 23 Julai ini.

Berita Harian X