Rabu, 21 Jun 2017 | 8:35pm

Pemuda maut digilis lori tangki

Kemalangan antara motosikal dan lori tangki yang menyebabkan penunggang terbunuh di di Kampung Padang Mengkudu, Bukit Payong, Terengganu. Foto Bharom Bakar. - Foto Baharom Bakar
Kemalangan antara motosikal dan lori tangki yang menyebabkan penunggang terbunuh di di Kampung Padang Mengkudu, Bukit Payong, Terengganu. Foto Bharom Bakar. - Foto Baharom Bakar

MARANG: Seorang penunggang motosikal terbunuh apabila digilis lori tangki di Kampung Telaga Mengkudu, Bukit Payong, di sini, petang ini.

Mangsa berusia lingkungan 30-an yang identitinya belum dikenal pasti dari Kampung Hiliran, di sini, dikatakan dalam perjalanan dari pekan Bukit Payong untuk pulang ke rumahnya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh tayar lori tangki yang sedang membuat pusingan U.

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X