Khamis, 22 Jun 2017 | 10:00am

Puding Kastard dengan Sos Betik Limau Kasturi

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 10 minit

Hidangan: 10

Bahan-bahan untuk sos betik limau kasturi:

41/2 cawan betik segar, dikupas dan dibuang biji

91/2 sudu besar gula

1 tin Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

12 sudu teh jus limau kasturi

4 sudu teh biji kaskas

3 sudu teh madu

Bahan-bahan untuk puding kastard:

8 sudu besar tepung kastard

11/4 cawan gula

1 liter Susu Penuh Krim UHT MARIGOLD

1/2 cawan air

Cara penyediaan:

Sos betik limau kasturi

1. Kisar betik bersama gula dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.

2. Tapis puri betik bagi mengasingkan ketulan besar (untuk memastikan kelicinan puri betik).

3. Masukkan jus limau kasturi. Kacau rata.

4. Tambahkan biji kaskas dan madu. Kacau rata dan ketepikan.

Puding kastard

1.Satukan tepung kastard dan gula. Gaul rata.

2.Campurkan Susu Penuh Krim UHT MARIGOLD dengan air sedikit demi sedikit. Gaul rata.

3.Panaskan pada api sederhana sehingga campuran mula likat.

4.Tutup api.

5.Tuang ke dalam acuan yang dikehendaki dan sejukkan.

6.Apabila tersedia, hidangkan bersama sos betik limau kasturi.

Tip Chef:

Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus lemon, jika suka.

PRODUK

Nikmati detik-detik kelazatan dengan rangkaian susu tin MARIGOLD, ia amat sesuai untuk menyerlahkan keenakan apa jua masakan dan membuat minuman kegemaran anda rasa lebih berkrim, lebih memikat selera.

Rangkaian Susu Sejat MARIGOLD


Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)

Bahan penting dalam setiap isi rumah di Malaysia, Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD dirumus untuk memberikan rasa lemak berkrim, mengandungi kalsium yang tinggi dan diperkaya dengan vitamin A dan D.

Berita Harian X