Khamis, 22 Jun 2017 | 8:20pm
PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah diiringi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. - Foto Hairul Anuar Rahim

Sultan Johor, Permaisuri berbuka bersama PDRM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd (kanan) bersalaman dengan tetamu ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. - Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, sebentar tadi.

Sultan Ibrahim yang tiba pada jam 6.45 petang turut diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Majlis dimeriahkan dengan pengurniaan sumbangan yang disampaikan oleh Raja Zarith dan Tunku Abu Bakar kepada 25 anak yatim, 25 balu anggota dan pegawai polis serta 45 pesakit kanser.

Selepas selesai santapan berbuka, Sultan Ibrahim menyempurnakan solat Maghrib secara berjemaah di masjid berkenaan.

Berita Harian X