Isnin, 26 Jun 2017 | 10:12pm
GAMBAR fail, orang ramai berdiri di tempat kejadian dua letupan meledak membunuh 35 orang di kawasan kejiranan di bandar timur laut Nigeria, Maiduguri, kubu kuat Islam Boko Haram, pada Mac 2014. - Foto AFP

9 maut dibunuh pengebom nekad di Nigeria

MAIDUGURI: Pengebom nekad membunuh sembilan orang dan 13 lagi cedera selepas beberapa siri letupan di timur laut Nigeria, menurut polis, hari ini.

Serangan itu adalah insiden terbaru yang dianggap terburuk dilakukan oleh pemberontak Boko Haram.

Sebelum ini, beberapa serangan pengebom nekad yang disyaki dilakukan anggota kumpulan pelampau melanda ibu negara Borno dan kawasan sekitarnya beberapa minggu lalu, termasuk letupan mengorbankan 12 orang pada 19 Jun lalu serta 7 Jun yang menyebabkan 14 terbunuh.

Polis Borno berkata, seorang lelaki pengebom nekad membunuh pengawal keselamatan selepas memasuki Universiti Maiduguri, berhampiran pusat bandar, jam 10.30 malam, semalam.

Sementara itu, empat pengebom nekad wanita membunuh lapan orang selang sejam selepas itu di pinggir bandar kawasan penempatan Zannari selepas meletupkan peranti bahan letupan di bangunan kediaman itu.

Reuters.

Berita Harian X