Selasa, 27 Jun 2017 | 5:13pm

MOKU 2017 pendedahan kepada kemudahan OKU


Ketua Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Asma Abdullah.

KUALA LUMPUR: Program Memasyarakatkan Orang Kurang Upaya (MOKU) 2017 peringkat kebangsaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), di sini pada 19 dan 20 Julai ini, akan mendedahkan masyarakat khususnya pendidik serta bakal pendidik berhubung kemudahan dan perkhidmatan OKU.

Program dua hari itu itu adalah anjuran IPGKIK dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Asma Abdullah, berkata ia memberi peluang pihaknya mempromosi program intervensi dan pemulihan serta kemudahan perkhidmatan kanak-kanak kurang upaya pendengaran dan penglihatan di Pusat Perubatan UKM dan Institut Telinga, Pendengaran, dan Pertuturan ( i-HEARS ) kepada masyarakat.

"Program itu membabitkan enam pembentangan kertas kerja oleh pakar perubatan dari Hospital Canselor Tunku Muhriz dan pakar bidang Pendidikan Khas dari IPGKIK," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai dijemput menyertai MOKU 2017 dengan menghubungi Sekretariat, Dr Hajarul Baiti Zakaria di talian 019-6632151 atau melalui e-mel hajarul@ipgkik.edu.my dan Suzana Mohamed Habit di talian 018-2890133 atau e-mel suzanah@ppukm.ukm.edu.my atau laman sesawang http://www.ipgkik.edu.my.

51 dibaca
Berita Harian X