Rabu, 28 Jun 2017 | 7:00am
SIRI jelajah sempena TGR Racing Festival bermula di Pulau Pinang.
SIRI jelajah sempena TGR Racing Festival bermula di Pulau Pinang.
VIOS Challenge akan disertai 40 pelumba yang akan bersaing dalam kategori berlainan.
VIOS Challenge akan disertai 40 pelumba yang akan bersaing dalam kategori berlainan.

40 kereta sertai Vios Challenge

CABARAN Vios dijangka membabitkan 40 kereta menerusi acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival akan berlangsung pada Ogos ini di Pulau Pinang.
CABARAN Vios dijangka membabitkan 40 kereta menerusi acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival akan berlangsung pada Ogos ini di Pulau Pinang.

SEBANYAK 40 kereta akan menyertai perlumbaan Vios Challenge bersempena Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang memulakan siri jelajahnya bermula di Pulau Pinang Ogos ini.

Minat dalam kalangan pasukan perlumbaan terhadap Vios Challenge terus melonjak selepas ia menjanjikan perlumbaan berkualiti tinggi daripada satu formula kepada litar jalanan.

Sejak dilancarkan pada April lalu, sebanyak 30 kereta mengumumkan penyertaan, namun dengan permintaan tinggi, UMW Toyota Motor menambah lebih banyak kereta untuk menyertai perlumbaan itu sehingga TRD bersetuju menambah 10 lagi kereta menjadi 40 pelumba.

"Minat dalam Vios Challenge amat menggalakkan," kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

"Kami menerima banyak permintaan daripada pelumba yang mahu membeli kereta dan bersaing dalam Vios Challenge. Namun berikutan isu logistik dan keselamatan, kami perlu mengehadkan kepada 40 kereta musim ini," katanya.

Musim pertama Vios Challenge bukan saja menarik lebih 12 pelumba baharu, malah mendapat penyertaan pelumba terkenal dalam arena pemotoran termasuk Raja Drif, Tengku Djan dan musuhnya dalam siri Malaysia Speed Festival (MSF), Boy Wong serta bekas juara Malaysian Super Series (MSS), James Veerappan.

Lebih banyak nama besar dijangka diumumkan apabila tarikh penyertaan Vios Challenge ditutup pada pertengahan Jun.

Dengan penambahan 10 kereta, Vios Challenge akan disertai 40 pelumba yang akan bersaing dalam kategori berlainan.

Info:
Vios Challenge

  • Bersempena TGR Racing Festival
  • Tarikh tutup penyertaan pertengahan Jun 2017
  • 40 pelumba
  • Bermula di Pulau Pinang Ogos 2017
Berita Harian X