Jumaat, 30 Jun 2017 | 1:40pm

Anak Zidane tinggalkan Real Madrid


ENZO.

MADRID: Anak lelaki jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Zinedine Zidane, Enzo meninggalkan juara Eropah itu untuk menyertai Alaves.

Bekas pemain tengah skuad bawah 19 tahun Perancis itu yang dididik menerusi akademi Real di Madrid sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Alaves yang menamatkan kempen La Liga di tangga kesembilan, musim lalu.

Enzo meledak gol pada satu-satunya penampilan di peringkat senior bersama Real pada kempen Piala Raja Sepanyol, musim lalu dengan kemenangan ke atas Cultural Leonesa.

Dia sudah bermain 78 perlawanan bersama pasukan simpanan Real, Real Madrid Castilla dan menjaringkan tujuh gol.

"Deportivo Alaves ingin mengalu-alukan kehadiran Enzo Zidane dan mengucapkan yang terbaik untuknya bagi musim baharu," kata Alaves menerusi kenyataan dalam laman web kelab itu, (www.deportivoalaves.com). - Reuters

414 dibaca
Berita Harian X