Sabtu, 1 Julai 2017 | 3:07pm

Pemandu maut treler terbalik

TRELER membawa muatan papan terbalik dalam kemalangan di Kampung Moloson, Jalan Tambunan - Keningau, menyebabkan pemandunya maut di lokasi kejadian. - Foto ihsan PDRM

TAMBUNAN: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas ke dalam parit sebelum terbalik berhampiran Kampung Moloson, Jalan Tambunan-Keningau, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa, Martin Tanin, 50, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata ketika kejadian treler dipandu mangsa yang membawa muatan papan sedang dalam perjalanan dari arah Keningau ke Kota Kinabalu.

"Mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa memandu bersendirian," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X