Isnin, 3 Julai 2017 | 12:41pm

PM Singapura jelas isu rumah bapa

 PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dijangka berdepan soal siasat dalam sesi khas parlimen, hari ini sama ada wujud salah guna kuasa membabitkan rumah mendiang bapanya.

Pertikaian dalam kalangan waris perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, menjejaskan negara itu sejak pertengahan bulan lalu, selepas beberapa adik Hsien Loong melancarkan serangan terhadapnya menerusi media sosial.

Sesi parlimen hari ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi Singapura, malah Perdana Menteri itu juga akan akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan sebelum menjawab soalan.

Adik lelaki dan perempuan perdana menteri, Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling mendakwa Hsien Loong menggunakan kuasa dalam pertikaian membabitkan rumah keluarga tua di 38 Oxley Road.

Hsien Yang berkata, beliau bersama isteri, Lee Suet Fern, yang juga seorang peguam akan keluar dari Singapura kerana berasakan mereka seolah-olah diperhatikan dan tidak dialu-alukan.

Perdana menteri konsisten menafikan tuduhan itu dan berharap pendedahan penuh di Parlimen itu akan merungkai keraguan serta mengukuhkan keyakinan terhadap institusi dan sistem kerajaan.

Beliau sebelum ini turut memohon maaf kepada warga Singapura berhubung perbalahan peribadi itu. - REUTERS

Berita Harian X