Isnin, 3 Julai 2017 | 9:04pm

Terry sertai Aston Villa

JOHN Terry menandatangani kontrak setahun menerusi perpindahan percuma ke kelab liga divisyen dua Aston Villa, hari ini.- Foto AFP

LONDON: Bekas kapten Chelsea, John Terry menandatangani kontrak setahun menerusi perpindahan percuma ke kelab liga divisyen dua Aston Villa, hari ini.

Terry, 36, yang meninggalkan pasukan juara Chelsea selepas 22 tahun pada penghujung tahun lalu selepas meraih gelaran Liga Perdana, dilaporkan bersetuju dengan gaji STG60,000 (RM334,630) seminggu bersama kelab dimiliki ahli perniagaan China, Tony Xia.

"#Selamat datang JT: ia sudah rasmi - John Terry menandatangani perjanjian... Berita penuh?? bit.ly/2t8Ixv3 ?? #SebahagianPenghormatan #AVFC," kata Aston Villa menerusi twitter dengan gambar bekas kapten England itu bersama jersi pasukan.

Terry, dengan penampilan terakhirnya buat Chelsea sedikit cacat dengan kontroversi bersama beberapa penyokong yang memenangi wang kerana bertaruh dia akan dikeluarkan pada minit ke-26 iaitu nombor yang sama dengan jersinya, berkata dia sangat gembira bersama Villa.

"Saya gembira menyertai Aston Villa," kata Terry kepada laman sesawang rasmi Villa.

"Ia adalah kelab yang saya kagumi dari jauh sejak beberapa lama - Villa Park ialah satu daripada stadium terbaik di negara ini dan ada kumpulan pemain yang bagus di sini, dengan pengalaman dan pengurus yang berjaya iaitu Steve Bruce." - AFP

Berita Harian X