Selasa, 4 Julai 2017 | 5:35pm

Warga emas maut kereta bertembung lori

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Ipoh-Teluk Intan, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Ipoh-Teluk Intan, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

TAPAH: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 55, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 11.25 pagi itu, Tan Kong Seng, 69, yang memandu kereta jenis Nissan maut di lokasi kejadian akibat parah manakala pemandu lori berusia 21 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Air Kuning menghala Teluk Intan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang berada di lorong bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal mengakibatkan kenderaan dipandunya bertembung dengan lori.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Somsak berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tapah untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X