Rabu, 27 Ogos 2014 | 10:18pm

Mayat bayi lelaki baru lahir ditemui di Menggatal

KOTA KINABALU: Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Menggatal dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra, berkata seorang pekerja pusat pelupusan sampah menemui mayat bayi itu kira-kira pukul 8.05 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah bayi lelaki cukup sifat. Mangsa ditemui telah mati dan dibuang begitu sahaja tanpa dibalut.

"Terdapat kesan kebiruan di bahagian kepala mangsa, manakala tali pusatnya dipotong lurus. Bayi itu disyaki mati dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Chandra berkata, punca kematian masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Katanya, polis hanya mengambil keterangan pekerja yang menemui mayat berkenaan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

- BERNAMA

151 dibaca
Berita Harian X