Khamis, 6 Julai 2017 | 8:40pm

MyCorporate AirAsia sasar penumpang perniagaan

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd sedia melancarkan MyCorporate, barisan produk eksklusif untuk penumpang perniagaan, membabitkan tiga pilihan - Fare Only, Corporate Lite dan Corporate Full Flex - bergantung kepada keperluan penumpang dan bajet syarikat.

"Menerusi rangkaian luas dan kekerapan kami merentas seluruh kumpulan, kami menyaksikan peningkatan jumlah penumpang menggunakan kelas perniagaan AirAsia.

"Menerusi pelancaran MyCorporate, kami yakin mempunyai program yang memenuhi keperluan penumpang dan syarikat masing-masing, dalam usaha untuk memperkukuh lagi penguasaan kami dalam segmen penting ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan, hari ini.

Produk The Fare Only hanya membabitkan tambang udara, dengan sebarang tambahan dikenakan fi.

The Corporate Lite termasuk tambang udara, hidangan percuma, tempat duduk standard dan kaunter pemeriksaan masuk. Penumpang boleh menukar penerbangan selewat-lewatnya 24 jam sebelum berlepas, tanpa dikenakan fi penukaran penerbangan, kata AirAsia.

Korporat Full Flex pula meliputi tambang udara, makan percuma, Hot Seats, bagasi  20kg, kaunter daftar masuk khusus, Imigresen XPress, Bagasi  Xpressi, akses Red Lounge Premium, keutamaan menaiki pesawat, insurans perjalanan dan fleksibiliti penuh dengan penukaran penerbangan tanpa had sehingga dua jam sebelum berlepas, tanpa caj penerbangan.

Penumpang Flex Korporat juga dapat menikmati GoShow, produk eksklusif yang membolehkan mereka diletak dalam senarai menunggu penerbangan lebih awal pada hari yang sama, ke destinasi yang sama, tanpa bayaran tambahan atau caj tambang.

Syarikat yang mendaftar untuk MyCorporate akan mempunyai akses kepada sistem tempahan dalam talian yang mudah untuk digunakan dan laporan komprehensif untuk menjejaki perbelanjaan perjalanan korporat, katanya.

Ketua Jualan Korporat Kumpulan AirAsia, Barry Klipp berkata: "Inilah evolusi kami seterusnya bagi produk korporat AirAsia. Menerusi MyCorporate, kami mampu menawarkan produk yang tepat dengan keperluan dan perbelanjaan pelanggan korporat kami."

"Mereka hanya memerlukan tempat duduk, tanpa keperluan tambahan, produk Lite dengan faedah asas, atau jika mereka mahu memanfaatkan produk yang disediakan khusus untuk menjadikan perjalanan perniagaan mereka lebih mudah dan fleksibel, termasuk tawaran terbaru kami GoShow," katanya. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X