Khamis, 6 Julai 2017 | 11:10pm

Rabies: Kaunselor bantu keluarga mangsa


MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menghantar sepasukan kaunselor bagi membantu keluarga dua beradik yang meninggal dunia akibat jangkitan virus anjing gila.

Menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kaunselor daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat KPWKM itu ditempatkan sejurus menerima laporan kematian dua pesakit berkenaan Selasa lalu.

"Kami akan membantu sedaya upaya dalam memberi kaunseling khususnya terhadap ahli keluarga yang trauma kerana mereka memerlukan perhatian dan sokongan," katanya.

Dua beradik iaitu Monica Mazlan, 6, dan Jackson, 4, dari Serian, Sarawak yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak 29 Jun lalu akibat jangkitan virus rabies meninggal dunia manakala seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun masih ditempatkan di ICU sama.

69 dibaca
Berita Harian X