Isnin, 10 Julai 2017 | 2:38pm

Bursa Malaysia diniaga rendah tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, selari prestasi kebanyakan bursa serantau.

Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.11 mata kepada 1,756.82, selepas bergerak antara 1,754.57 dan 1,760.44 di sepanjang dagangan pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 397 berbanding 273, manakala 353 kaunter tidak berubah, 768 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 832.7 juta saham bernilai RM548.78 juta.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Sime Darby dan CIMB kekal pada RM9.63, RM9.54 dan RM6.55, manakala Petronas Chemicals susut 17 sen kepada RM6.92 sementara IHH Healthcare turun satu sen kepada RM5.90.

Seorang peniaga berkata, Indeks Komposit Jakarta susut 4.96 mata kepada 5,809.84, Bursa Saham Filipina merosot 23.84 mata kepada 7,865.49 manakala Indeks Komposit Shanghai China susut 6.66 mata kepada 3,211.31.

Antara saham indeks utama aktif, Advancecon yang disenarai hari ini, meningkat 20 sen kepada 83 sen, MLABS menokok lima sen kepada 24 sen, Netx menambah setengah sen kepada lima sen manakala Borneo Oil, Tiger Synergy, JAG Bhd dan Anzo masing-masing tidak berubah pada 11 sen, enam sen, 12.5 sen dan 12.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 21.82 mata kepada 12,528.94, Indeks FBM Emas Shariah turun 26.01 mata kepada 12,740.24, Indeks FBMT100 susut 22.49 mata kepada 12,165.58 dan FBM 70 turun 31.23 mata kepada 14,906.6.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 3.21 mata kepada 7,868.78, manakala Indeks Perusahaan meningkat 3.58 mata kepada 3,246.87 dan Indeks Kewangan meningkat 10.37 mata kepada 16,772.96. - BERNAMA

Berita Harian X