Isnin, 10 Julai 2017 | 2:54pm
POLIS merampas pelbagai jenis barangan yang dipercayai dicuri enam suspek dalam Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah sepanjang Aidilfitri, di Sandakan. - Foto oleh IPD Sandakan
POLIS merampas pelbagai jenis barangan yang dipercayai dicuri enam suspek dalam Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah sepanjang Aidilfitri, di Sandakan. - Foto oleh IPD Sandakan

6 penyamun ditahan

POLIS merampas pelbagai jenis barangan yang dipercayai dicuri enam suspek dalam Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah sepanjang Aidilfitri, di Sandakan. - Foto oleh IPD Sandakan

SANDAKAN: Polis berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan samun susulan penangkapan enam suspek yang juga penagih dadah sepanjang Aidilfitri.

Semua suspek berusia antara 21 hingga 36 tahun membabitkan warga tempatan dan asing ditahan menerusi Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata turut dirampas adalah pelbagai barang termasuk kad pengenalan, kad bank, emas dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.

Katanya, ujian air kencing turut mendapati semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Mereka menggunakan pelbagai modus operandi untuk melakukan jenayah seperti mensasarkan apa saja barangan di luar rumah, memecah masuk rumah dan cermin kereta untuk mencuri barangan berharga.

"Selain itu, ada juga yang mensasarkan kedai tayar dan alat ganti kereta untuk mencuri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azhar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 457, Seksyen 380 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X