Isnin, 10 Julai 2017 | 7:20pm
Hasil jualan seharian sebuah pasar raya di Seksyen 15 yang dianggarkan berjumlah RM300,000 lesap apabila dilarikan penjenayah yang memecahkan tiga peti besi dan satu mesin deposit tunai (CDM) di premis. - Foto ihsan Polis

Pasar raya rugi RM300,000 dipecah masuk

SHAH ALAM 10 JULLY 2017. Hasil jualan seharian sebuah pasar raya di Seksyen 15 yang dianggarkan berjumlah RM300,000 lesap apabila dilarikan penjenayah yang memecahkan tiga peti besi dan satu mesin deposit tunai (CDM) di premis. IHSAN POLISEHSAN POLIS

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 15 di sini, kerugian wang hasil jualan harian berjumlah RM300,000, selepas tiga peti besi dan satu mesin deposit tunai (CDM) di premis itu, dipecah penjenayah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada pengurus cawangan pasar raya itu pada jam 7.30 pagi tadi.

Difahamkan, suspek memecah masuk premis berkenaan melalui tingkat atas premis itu serta menggunakan peralatan khas untuk menebuk semua peti berkenaan.

"Berdasarkan maklumat, pengurus lelaki berusia 47 tahun itu memaklumkan premis berkenaan dipecah masuk dan beberapa peti besi yang mengandungi wang tunai jualan turut dipecahkan.

"Hasil pemeriksaan kemudian mendapati selain satu mesin CDM, tiga peti besi dipecahkan menggunakan mesin penebuk, membabitkan kerugian kira-kira RM300,000," katanya kepada pemberita.

Shafien berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui beberapa kesan cap jari di siling laluan masuk premis berkenaan.

"Selain itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memasuki premis melalui tingkat atas bangunan itu kira-kira jam 11.47 malam semalam.

"Suspek yang menutup muka, bertopi dan berjaket dilihat keluar dari premis berkenaan pada jam 5.51 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan tetap bertugas dan premis itu hanya dijaga oleh tiga lelaki warga Pakistan yang bekerja lebih masa.

"Berikutan itu, semua lelaki berusia 33 hingga 34 tahun berkenaan ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada masa sama, Shafien meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menyalurkannya di balai polis berdekatan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X