Selasa, 11 Julai 2017 | 8:11am

2 maut pikap bertembung treler


ANTARA barangan yang dirampas hasil serbuan di lapan pejabat dan unit kediaman yang dijadikan pusat operasi skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) di Pulau Pinang, semalam. - Foto Ihsan PDRM

BATU GAJAH: Dua lelaki maut selepas trak pikap yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan arang di Jalan Ipoh-Lumut dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, pemandu dan penumpang pikap jenis Toyota Hilux berusia 23 dan 30 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak cedera.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Zainal Abidin Wok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.47 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, di tempat kejadian anggota bomba mendapati dua mangsa menaiki Toyota Hilux tersepit sebelum operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa dijalankan.

Beliau berkata, sebaik kedua-dua mangsa dikeluarkan dari kenderaan yang remuk, mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis," katanya.

Berita Harian X