Rabu, 12 Julai 2017 | 10:43am

Bursa dibuka agak rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit pagi ini susulan lantunan teknikal dalam kaunter terpilih selepas indeks itu jatuh di bawah paras 1,760 untuk tiga sesi berturut-turut, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,754.29, turun 0.74 mata daripada 1,755.03 penutup Selasa.

Ia dibuka 0.91 mata lebih kukuh pada 1,755.94.

Jajaran pasaran negatif susulan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 173 berbanding 155 dengan 177 kaunter tidak berubah, 1,289 tidak didagangkan sementara 33 yang lain digantung.

Sejumlah 151.55 juta saham bertukar tangan bernilai RM66.61 juta.

Dalam satu nota pagi ini, Hong Leong Investment Bank berkata tumpuan hari ini kekal terhadap kaunter murah selain saham minyak dan gas di tengah-tengah lantunan harga minyak semalaman.

Indeks FBM EMAS susut 3.53 mata kepada 12,485.41, FBMT100 turun 2.98 mata kepada 12,132.65 dan FBM EMAS Syariah menguncup 14.68 mata kepada 12,694.35.

FBM ACE menambah 16.17 mata kepada 6,537.44 dan FBM 70 naik 4.56 mata kepada 14,808.26. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X