Rabu, 12 Julai 2017 | 2:26pm

Bank Muamalat perkenal akaun emas

PENGERUSI Bank Muamalat Malaysia Bhd, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid hadir pada pelancaran MGi dan sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
PENGERUSI Bank Muamalat Malaysia Bhd, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid hadir pada pelancaran MGi dan sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd, memperkenalkan produk terbaharu, Akaun Muamalat Gold-i (MGi) sebagai satu usaha menggalakkan pelaburan emas dalam kalangan penyimpan.

Pengenalan produk itu menawarkan pelaburan serendah RM10 atau satu gram emas, sekali gus menjadikan Bank Muamalat sebagai bank pertama melancarkan pelaburan emas berlandaskan syariah terendah di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, berkata permintaan emas semakin meningkat di Asia sejajar dengan pertumbuhan ekonomi global.

"Menyedari potensi itu, Bank Mualamat melancarkan MGi pada April tahun lalu, menggunakan jongkong emas 99.99 peratus dari Perth, Australia yang mendapat pengiktirafan Persatuan Pasaran Bulion London (LBMA).

"Kami yakin permintaan pelaburan emas akan semakin meningkat dan hingga Jun lalu, kami sudah menjual lebih 374 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM73 juta," katanya pada pelancaran MGi dan sambutan Aidilfitri di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

MGi kini boleh didapati di semua cawangan Bank Muamalat seluruh negara.   

Pembelian minimum ialah satu gram atau RM10 dan ia menawarkan penyimpanan secara percuma.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X