Rabu, 12 Julai 2017 | 3:45pm

IPP Malaysia meningkat 4.6 peratus pada Mei

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.6 peratus pada Mei 2017 berbanding bulan sama tahun lalu, disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik.

Indeks pembuatan dan elektrik masing-masing meningkat 7.3 peratus dan 2.5 peratus pada bulan itu, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan asas bulanan, keluaran sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan ketara pada Mei selepas berkembang 6.7 peratus pada April, dengan peningkatan dalam subsektor utama seperti produk elektrik dan elektronik (11.6 peratus), makanan, minuman dan tembakau (12.9 peratus), dan petroleum, kimia, getah dan plastik (3.1 peratus).

Keluaran sektor perlombongan susut 2.3 peratus, selepas penguncupan 2.0 peratus pada April disebabkan indeks minyak mentah yang rendah sebanyak 5.4 peratus, walaupun indeks gas asli meningkat 1.5 peratus.

Sementara itu, keluaran sektor elektrik meningkat 2.5 peratus pada Mei selepas susut 1.5 peratus pada bulan sebelumnya. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X